Terma Penggunaan
Terma, Syarat, dan Notis Laman web

Terma yang digunakan dalam Perjanjian ini

Terma "kami" dan "IAN" merujuk kepada IAN.COM L.P., sebuah rakan kongsi terhad Delaware dan/atau semua anak syarikat dan anggota gabungan korporat kami, termasuk Travelscape LLC, sebuah syarikat liabiliti terhad Nevada (“Travelscape”). Terma "anda" merujuk kepada pelanggan yang melawat Laman web dan/atau membuat tempahan melalui kami di Laman web ini, atau melalui ejen khidmat pelanggan kami.

Tujuan Laman web ini

Laman web ini bertujuan semata-mata untuk membantu anda mengumpulkan maklumat perjalanan, menentukan ketersediaan barangan dan perkhidmatan yang berkaitan dengan perjalanan, membuat tempahan sah atau selainnya membuat transaksi perniagaan dengan pembekal perjalanan, dan bukan untuk tujuan lain.

Laman web ini disediakan kepada anda dengan syarat anda menerima tanpa apa-apa ubahsuaian, semua terma, syarat, dan notis yang dinyatakan di bawah (secara kolektifnya, "Perjanjian"). Dengan mengakses atau menggunakan Laman web ini, anda bersetuju untuk terikat dengan Perjanjian ini. Sekiranya anda membuat tempahan bagi apa-apa produk atau perkhidmatan yang berkaitan dengan perjalanan di Laman web ini melalui ejen pusat panggilan, anda bersetuju bahawa Perjanjian ini terpakai kepada semua transaksi seumpamanya. Sila baca Perjanjian dengan teliti. Jika anda tidak menerima kesemua terma dan syarat ini, sila jangan gunakan Laman web ini.

Pastikan anda kembali ke halaman ini dari semasa ke semasa bagi menyemak versi Perjanjian paling terkini. Kami berhak pada bila-bila masa, mengikut budi bicara kami, menukar atau selainnya membuat ubahsuaian Perjanjian tanpa notis terlebih dahulu, dan akses atau penggunaan berterusan anda di Laman web ini menunjukkan penerimaan anda kepada Perjanjian yang sudah dikemas kini atau dibuat ubahsuaian.

PENGGUNAAN LAMAN WEB

Sebagai syarat penggunaan Laman web ini oleh anda, anda mewarankan bahawa (i) anda berumur sekurang-kurangnya 18 tahun; (ii) anda memiliki kuasa yang sah dari segi undang-undang untuk membuat obligasi yang terikat dengan undang-undang; (iii) akan akan menggunakan Laman web ini menurut kepada Perjanjian ini; (iv) anda akan menggunakan Laman web ini bagi membuat tempahan sah untuk diri anda sendiri atau orang lain yang anda memiliki kuasa dari segi undang-undang untuk bertindak bagi pihaknya; (v) anda akan memaklumkan orang lain tersebut mengenai terma dan syarat yang terpakai untuk tempahan yang anda telah lakukan bagi pihaknya, termasuklah semua peraturan dan sekatan yang dikenakan dalam Perjanjian ini, dan (vi) semua maklumat yang diberikan oleh anda di Laman web ini benar, tepat, semasa dan lengkap. Kami juga berhak mengikut budi bicara kami menyekat akses sesiapa sahaja ke Laman web ini dan perkhidmatan yang kami sediakan, pada bila-bila masa dan untuk apa-apa sebab, termasuk tapi tidak terhad kepada, kerana pelanggaran Perjanjian ini.

AKTIVITI DILARANG

Kandungan dan maklumat di Laman web ini (termasuk, tapi tidak terhad kepada, harga dan ketersediaan khidmat perjalanan), juga termasuk infrastruktur yang digunakan untuk menyediakan kandungan dan maklumat tersebut, hak milik kami atau pembekal dan penyedia kami. Walaupun anda boleh membuat salinan terhad jadual perjalanan anda (dan dokumen berkaitan) untuk perjalanan atau perkhidmatan yang ditempah melalui Laman web ini, anda bersetuju untuk tidak selainnya membuat ubahsuaian, menyalin, mengagih-agih, menghantar, mempersembah, mengeluar semula, menerbit, melesen, membuat kerja terbitan daripadanya, memindah, atau menjual atau menjual semula mana-mana maklumat, perisian, produk, atau perkhidmatan yang diperolehi dari atau melalui Laman web ini. Tambahan lagi, anda bersetuju untuk tidak:

  1. menggunakan Laman web ini atau kandungannya untuk apa-apa tujuan komersial;
  2. membuat apa-apa tempahan spekulatif, salah, palsu atau apa-apa tempahan yang dibuat atas jangkaan permintaan;
  3. mengakses, memantau atau menyalin apa-apa kandungan atau maklumat Laman web ini dengan menggunakan apa-apa robot, lelabah, pengikis atau cara berautomatik lain atau apa-apa proses manual untuk apa-apa tujuan tanpa kebenaran bertulis nyata kami;
  4. melanggar sekatan pada mana-mana pengepala pengasingan robot di Laman web ini atau memintas atau memintasi kaedah lain yang digunakan untuk mengelak atau mengehad akses ke Laman web ini,
  5. mengambil apa-apa tindakan yang mengenakan, atau mungkin mengenakan, dengan budi bicara kami, beban besar yang tidak wajar atau tidak seimbang kepada infrastruktur kami;
  6. pautan dalam ke mana-mana bahagian dalam Laman web ini (termasuk, tanpa batasan, laluan pembelian untuk mana-mana perkhidmatan perjalanan) untuk apa-apa tujuan tanpa kebenaran bertulis nyata kami; or
  7. "rangka", "cermin" atau selainnya menggabungkan mana-mana bahagian Laman web ini ke dalam mana-mana laman web lain tanpa kebenaran bertulis kami terlebih dahulu.

PERATURAN DAN SEKATAN PEMBEKAL

Terma dan syarat tambahan akan terpakai untuk tempahan dan pembelian barangan yang berkaitan dengan perjalanan yang anda pilih. Sila baca semua terma dan syarat tambahan ini dengan teliti. Anda bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat pembelian yang dikenakan oleh mana-mana pembekal yang anda lantik untuk berurus niaga, termasuk, tapi tidak terhad kepada, pembayaran semua amaun apabila ia harus dibayar dan mematuhi peraturan dan sekatan pembekal berkaitan dengan ketersediaan dan penggunaan tambang, produk, atau perkhidmatan.

Anda mengakui bahawa sesetengah pembekal menawarkan perkhidmatan dan/atau aktiviti tertentu yang memerlukan anda menandatangani pengecualian liabiliti mereka sebelum menyertai perkhidmatan dan/atau aktiviti yang mereka tawarkan. Anda memahami bahawa apa-apa pelanggaran mana-mana peraturan dan sekatan pembekal boleh mengakibatkan pembatalan tempahan anda(s), anda dihalang dari mengakses produk dan perkhidmatan perjalanan yang berkaitan, apa-apa duit yang dibayar untuk tempahan seumpamanya akan dirampas, dan/atau mendebit akaun akan bagi apa-apa kos yang kami tanggung akibat pelanggaran tersebut.

Bekalan tempahan Kadar Khas Hotel dan produk Tambang Khas udara untuk perjalanan di dalam destinasi EU disediakan kepada anda oleh Travelscape.

DASAR PRIVASI

Sila klik di sini bagi menyemak Dasar Privasi semasa, yang juga membolehkan penggunaan Laman web oleh anda, bagi memahami amalan kami: Dasar Privasi.

HARGA

Anda mengakui bahawa pihak berkuasa di sesetengah negara mungkin mengenakan cukai tambahan tertentu (cukai pelancong, dll), yang harus dibayar dalam negara tersebut. Anda secara eksklusif bertanggungjawab untuk membayar cukai tambahan seumpamanya.

Pembekal hotel menginvois kami, jika wajar, amaun cukai. Pembekal hotel meremit cukai yang dikenakan menurut bidang kuasa pencukaian yang dikenakan. Bayaran pemulihan cukai yang kami kenakan kepada anda untuk transaksi hotel prabayar merupakan anggaran cukai transaksi (cth. jualan dan penggunaan, penghunian, cukai bilik, cukai eksais, cukai nilai tambah, dll) yang kami bayar kepada pembekal hotel yang berkaitan dengan tempahan hotel anda. Ia bukan merupakan kutipan cukai daripada anda untuk kami meremit kepada pihak berkuasa pencukaian yang dikenakan. Amaun cukai sebenar yang dibayar oleh Travelscape kepada pembekal hotel mungkin berbeza berbanding amaun bayaran pemulihan cukai, bergantung kepada kadar, kebolehcukaian, dll. berkuat kuasa pada masa penggunaan sebenar hotel oleh pelanggan kami.

IAN tidak bertindak sebagai ko-vendor dengan pembekal yang kami tempah untuk penyusunan perjalanan pelanggan kami. Kebolehcukaian dan kadar cukai wajar sangat berbeza mengikut lokasi.

TEMPAHAN HOTEL PRABAYAR

Anggota gabungan korporat IAN, iaitu Travelscape terlebih dahulu berunding kadar bilik tertentu dengan pihak hotel. Anda membenarkan IAN untuk membuat tempahan bagi keseluruhan harga tempahan, iaitu termasuk kadar bilik yang dipaparkan di Laman web, termasuk bayaran pemulihan cukai dan yuran perkhidmatan. Anda bersetuju bahawa kad kredit anda akan dicaj oleh Travelscape untuk keseluruhan harga tempahan.

Anda boleh membatalkan atau menukar tempahan hotel prabayar anda, tetapi anda akan dikenakan bayaran pembatalan atau penukaran seperti yang dinyatakan dalam peraturan dan sekatan untuk penempahan hotel tersebut. Jika anda tidak membatalkan atau menukar tempahan anda sebelum tempoh dasar pembatalan yang dikenakan kepada hotel yang anda tempah, iaitu berbeza mengikut hotel (biasanya 24 ke 72 jam) sebelum tarikh ketibaan anda), anda akan diharuskan membayar kadar semalaman yang dikenakan, bayaran pemulihan cukai dan yuran perkhidmatan. Sekiranya anda tidak muncul pada malam pertama tempahan anda dan merancang untuk mendaftar masuk pada malam berikutnya dalam tempahan anda, anda mesti mengesahkan penukaran tempahan dengan kami sebelum tarikh malam pertama tempahan bagi mengelakkan pembatalan tempahan anda. Anda mesti membuat permintaan untuk bayaran dikembalikan sekiranya anda tidak datang atau daftar keluar awal dalam tempoh 60 hari selepas daftar keluar.

Anda bersetuju untuk membayar apa-apa bayaran pembatalan atau penukaran yang anda lakukan. Dalam beberapa kes terhad, sesetengah tempahan tidak boleh ditukar atau dibatalkan selepas ia dibuat, seperti yang dinyatakan dalam peraturan dan sekatan untuk penempahan hotel tersebut. Anda bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat yang dikenakan kepada tempahan hotel prabayar anda.

DESTINASI PERJALANAN

Walaupun kebanyakan perjalanan, termasuk perjalanan ke destinasi antarabangsa, selesai tanpa insiden, perjalanan ke destinasi tertentu mungkin melibatkan risiko yang lebih tinggi berbanding yang lain. Kami menyarankan penumpang menyemak larangan, amaran, pengumuman dan nasihat perjalanan yang diisu oleh kerajaan mereka sebelum membuat tempahan perjalanan, terutamanya apabila pergi ke destinasi antarabangsa.

DENGAN MENAWARKAN JUALAN PERJALANAN KE DESTINASI TERTENTU, KAMI TIDAK MENGERTIKAN ATAU MEWARANKAN BAHAWA PERGI KE TITIK TERSEBUT DISARANKAN ATAU TANPA RISIKO, DAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB UNTUK KEROSAKAN ATAU KERUGIAN YANG MUNGKIN DIAKIBATKAN OLEH PERJALANAN KE DESTINASI TERSEBUT.

PENOLAK TUNTUTAN LIABILITI

MAKLUMAT, PERISIAN, PRODUK, DAN PERKHIDMATAN YANG DITERBITKAN DI LAMAN WEB INI MUNGKIN TERMASUK KETIDAKTEPATAN ATAU KESALAHAN, TERMASUK KESALAHAN HARGA. TERUTAMANYA, IAN DAN SEMUA ANAK SYARIKAT DAN ANGGOTA GABUNGAN KORPORAT (“KUMPULAN SYARIKAT IAN”) DAN ANGGOTA GABUNGAN, BERJENAMA SAMA DAN/ATAU MEMPUNYAI PERKAITAN RAKAN KONGSI LAMAN WEB YANG MELALUINYA MEMPROMOSIKAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN PERJALANAN (SECARA KOLEKTIFNYA, “ANGGOTA GABUNGAN IAN”) TIDAK MENJAMIN KETEPATAN, DAN MENOLAK TUNTUTAN SEMUA LIABILITI UNTUK MANA-MANA KESALAHAN ATAU KETIDAKTEPATAN LAIN YANG BERKAITAN DENGAN MAKLUMAT DAN PENERANGAN HOTEL, KAPAL TERBANG, KAPAL PERSIARAN, KERETA DAN PRODUK PERJALANAN LAIN YANG DIPAPARKAN DI LAMAN WEB INI (TERMASUK, TANPA BATASAN, HARGA, GAMBAR, SENARAI KEMUDAHAN HOTEL, PENERANGAN PRODUK AM, DLL), YANG KEBANYAKAN DARIPADA MAKLUMAT INI DIBERIKAN OLEH PEMBEKAL MASING-MASING. TAMBAHAN LAGI, KAMI DENGAN NYATA BERHAK MEMBETULKAN MANA-MANA KESALAHAN HARGA DI LAMAN WEB KAMI DAN/ATAU TEMPAHAN DALAM PROSES YANG DIBUAT DENGAN HARGA YANG SALAH. SEKIRANYA BERLAKU, JIKA ADA, KAMI AKAN MENAWARKAN PELUANG KEPADA ANDA UNTUK MENGEKALKAN TEMPAHAN DALAM PROSES PADA HARGA YANG BETUL ATAU KAMI AKAN MEMBATALKAN TEMPAHAN ANDA TANPA PENALTI.

RATING HOTEL YANG DIPAPARKAN DI LAMAN WEB INI BERTUJUAN HANYA SEBAGAI GARIS PANDUAN AM, DAN KUMPULAN SYARIKAT IAN DAN ANGGOTA GABUNGAN IAN TIDAK MENJAMIN KETEPATAN RATING INI. KUMPULAN SYARIKAT IAN, ANGGOTA GABUNGAN IAN DAN PEMBEKALNYA MASING-MASING TIDAK MEMBUAT JAMINAN TERHADAP KETERSEDIAAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN YANG TERTENTU. KUMPULAN SYARIKAT IAN, ANGGOTA GABUNGAN IAN DAN PEMBEKALNYA MASING-MASING BOLEH MEMBUAT PENAMBAHBAIKAN DAN/ATAU MENUKAR LAMAN WEB INI PADA BILA-BILA MASA.

KUMPULAN SYARIKAT IAN, ANGGOTA GABUNGAN IAN, DAN PEMBEKALNYA MASING-MASING TIDAK MEMBUAT PERNYATAAN MENGENAI KESESUAIAN MAKLUMAT, PERISIAN, PRODUK, DAN PERKHIDMATAN YANG TERKANDUNG DI LAMAN WEB INI UNTUK APA-APA TUJUAN, DAN MEMASUKKAN ATAU MENAWARKAN MANA-MANA PRODUK ATAU PERKHIDMATAN DI LAMAN WEB INI TIDAK MEMBENTUK APA-APA SOKONGAN ATAU SARANAN TERHADAP PRODUK ATAU PERKHIDMATAN TERSEBUT OLEH KUMPULAN SYARIKAT IAN ATAU ANGGOTA GABUNGAN IAN. SEMUA MAKLUMAT, PERISIAN, PRODUK, DAN PERKHIDMATAN TERSEBUT DISEDIAKAN "SEPERTI YANG DISEBUT" TANPA APA-APA JENIS JAMINAN. KUMPULAN SYARIKAT IAN, ANGGOTA GABUNGAN IAN DAN PEMBEKALNYA MASING-MASING MENOLAK SEMUA JAMINAN DAN SYARAT YANG LAMAN WEB INI, PELAYANNYA ATAU APA-APA E-MEL YANG DIHANTAR DARI KUMPULAN SYARIKAT IAN, ANGGOTA GABUNGAN IAN, DAN/ATAU PEMBEKALNYA MASING-MASING BEBAS DARIPADA VIRUS ATAU KOMPONEN BERBAHAYA LAIN. KUMPULAN SYARIKAT IAN, ANGGOTA GABUNGAN IAN, DAN PEMBEKALNYA MASING-MASING DENGAN INI MENAFIKAN SEMUA JAMINAN DAN SYARAT YANG BERHUBUNG DENGAN MAKLUMAT, PERISIAN, PRODUK, DAN PERKHIDMATAN INI, TERMASUK SEMUA JAMINAN DAN SYARAT TERSIRAT KEBOLEHDAGANGAN, KEPUASAN KUALITI, KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU, TAJUK, DAN KETAKPELANGGARAN.

PENGANGKUTAN UDARA, HOTEL DAN PEMBEKAL LAIN YANG MENYEDIAKAN PERJALANAN ATAU PERKHIDMATAN LAIN DI LAMAN WEB INI IALAH KONTRAKTOR BEBAS DAN BUKAN EJEN ATAU PEKERJA KUMPULAN SYARIKAT IAN ATAU ANGGOTA GABUNGAN IAN DAN KUMPULAN SYARIKAT IAN DAN ANGGOTA GABUNGAN IAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB UNTUK TINDAKAN, KESALAHAN, BUTIRAN TERTINGGAL, PERNYATAAN, JAMINAN, PELANGGARAN ATAU KECUAIAN PEMBEKAL TERSEBUT ATAU UNTUK APA-APA KECEDERAAN DIRI, KEMATIAN, KEROSAKAN HARTA, ATAU KEROSAKAN ATAU PERBELANJAAN LAIN AKIBAT DARIPADA YANG DISEBUT DI ATAS. KUMPULAN SYARIKAT IAN DAN ANGGOTA GABUNGAN IAN TIADA LIABILITI DAN TIDAK AKAN MEMULANGKAN SEMULA WANG SEKIRANYA BERLAKU APA-APA PENANGGUHAN, PEMBATALAN, TERLEBIH TEMPAHAN, MOGOK, BENCANA ALAM ATAU SEBAB -SEBAB LAIN DI LUAR KAWALAN MEREKA, DAN MEREKA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB UNTUK APA-APA PERBELANJAAN TAMBAHAN, BUTIRAN TERTINGGAL, PENANGGUHAN, PELENCONGAN ATAU TINDAKAN DARI MANA-MANA KERAJAAN ATAU PIHAK BERKUASA.

KUMPULAN SYARIKAT IAN, ANGGOTA GABUNGAN IAN, DAN/ATAU PEMBEKALNYA MASING-MASING TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KERUGIAN ATAU KEROSAKAN LANGSUNG, TIDAK LANGSUNG, PUNITIF, TIDAK SENGAJA, ATAU PENTING YANG MUNCUL DARIPADA, ATAU DENGAN APA SAHAJA YANG BERHUBUNG DENGAN, AKSES ANDA KEPADA, PAPARAN ATAU PENGGUNAAN LAMAN WEB INI ATAU DENGAN PENANGGUHAN ATAU KETIDAKBOLEHAN UNTUK MENGAKSES, MEMAPARKAN ATAU MENGGUNAKAN LAMAN WEB INI (TERMASUK, TAPI TIDAK TERHAD KEPADA, KEBERGANTUNGAN ANDA KEPADA PENDAPAT-PENDAPAT YANG MUNCUL DI LAMAN WEB INI, APA-APA VIRUS KOMPUTER, MAKLUMAT, PERISIAN, PAUTAN LAMAN WEB, PRODUK, DAN PERKHIDMATAN YANG DIDAPATI MELALUI LAMAN WEB INI, ATAU SELAINNYA TIMBUL DARIPADA AKSES UNTUK, MEMAPARKAN ATAU MENGGUNAKAN LAMAN WEB INI) SAMA ADA BERDASARKAN TEORI KECUAIAN, KONTRAK, SALAH LAKU, LIABILITI KETAT, ATAU SELAINNYA, DAN WALAUPUN JIKA KUMPULAN SYARIKAT IAN, ANGGOTA GABUNGAN IAN DAN/ATAU PEMBEKALNYA MASING-MASING TELAH DIBERITAHU AKAN KEMUNGKINAN KEROSAKAN TERSEBUT.

Jika, meskipun ada batasan di atas, Kumpulan Syarikat IAN, Anggota Gabungan IAN atau pembekalnya masing-masing didapati bertanggungjawab untuk apa-apa kerugian, atau kerosakan yang timbul daripada atau dengan apa sahaja berkaitan dengan apa-apa kejadian yang diterangkan di atas, maka liabiliti Kumpulan Syarikat IAN, Anggota Gabungan IAN dan/atau pembekalnya masing-masing tidak akan melebihi, dalam jumlah, lebih tinggi daripada (a) yuran perkhidmatan yang anda bayar kepada IAN atau Kumpulan Syarikat IAN yang berhubung dengan transaksi berikut di Laman web ini, atau (b) Seratus Dolar (AS$100.00) atau yang bersamaan dengannya mengikut mata wang tempatan.

Batasan liabiliti mencerminkan penguntukan risiko antara kedua-dua belah pihak. Batasan yang disebut dalam bahagian ini akan kekal dan terpakai walaupun apa-apa bahan terhad disebut dalam terma-terma ini didapati gagal memberikan tujuannya yang asal. Batasan liabiliti disediakan dalam terma-terma ini dibuat untuk kelebihan Kumpulan Syarikat IAN, anggota gabungan IAN, dan/atau pembekalnya masing-masing.

PERLINDUNGAN

Anda bersetuju untuk mempertahankan dan melindungi Kumpulan Syarikat IAN, Anggota Gabungan IAN, dan/atau pembekalnya masing-masing dan mana-mana pegawai, pengarah, pekerja dan ejen mereka daripada dan terhadap apa-apa tuntutan, sebab tindakan, permintaan, mendapatkan semula, kerugian, kerosakan, denda, penalti atau apa-apa kos atau perbelanjaan lain bagi apa-apa jenis perkara termasuk tapi tidak terhad kepada bayaran perakaunan dan undang-undang yang wajar, yang disebabkan oleh pihak ketiga akibat daripada:

  1. pelanggaran Perjanjian atau dokumen yang telah dirujuk dari ini;
  2. pelanggaran mana-mana undang-undang atau hak pihak ketiga; atau
  3. penggunaan Laman web ini oleh anda.

PAUTAN KEPADA LAMAN PIHAK KETIGA

Laman web ini mungkin mengandungi hiperpautan ke laman web yang dioperasikan oleh pihak-pihak lain selain Kumpulan Syarikat IAN. Hiperpautan tersebut disediakan hanya untuk rujukan anda sahaja. Kami tidak mengawal laman web tersebut dan tidak bertanggungjawab bagi kandungan atau dasar atau amalan lain mereka bagi laman web tersebut. Tambahan lagi, anda yang patut mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan apa jenis pautan yang anda pilih atau perisian yang anda muat turun (sama ada dari Laman web ini atau laman web lain) bebas daripada item seperti virus, worm, trojan horse, defek dan item lain yang bersifat pemusnah. Kemasukan hiperlink oleh kami ke laman web tersebut tidak memberikan apa-apa sokongan terhadap bahan di laman web tersebut atau apa-apa hubungan dengan operatornya.

PERISIAN TERSEDIA DI LAMAN WEB INI

Apa-apa perisian yang disediakan untuk muat turun dari Laman web ini ("Perisian") merupakan kerja hak cipta terpelihara bagi Kumpulan Syarikat IAN dan/atau pembekal kami masing-masing. Penggunaan Perisian tersebut oleh anda ditentukan oleh terma perjanjian perlesenan pengguna akhir, jika ada, yang disertakan bersama, atau dimasukkan dengan, Perisian ("Perjanjian Perlesenan"). Anda mungkin tidak boleh memasang atau menggunakan apa-apa Perisian yang disertakan bersama atau mempunyai Perjanjian Perlesenan melainkan jika terlebih dahulu anda bersetuju dengan terma Perjanjian Perlesenan. Bagi apa-apa Perisian yang disediakan untuk muat turun di Laman web ini tidak disertakan bersama Perjanjian Perlesenan, kami dengan ini memberikan anda, pengguna, lesen peribadi, tak boleh pindah milik untuk menggunakan Perisian untuk paparan dan selainnya menggunakan Laman web ini menurut terma dan syarat ini dan bukan untuk tujuan lain.

Sila maklum bahawa semua Perisian, termasuk, tanpa batasan, semua kod HTML dan kawalan Active X terkandung di Laman web ini, dimiliki oleh Kumpulan Syarikat IAN, dan/atau pembekal kami masing-masing, dan dilindungi oleh undang-undang hak cipta dan peruntukan perjanjian antarabangsa. Apa-apa penghasilan semula dan pengagihan semula Perisian dengan nyata dilarang, dan boleh mengakibatkan penalti jenayah dan sivil yang berat. Pelanggar akan dihukum dengan hukuman semaksimum mungkin.

TANPA MENGEHAD SEBELUM INI, MENYALIN ATAU MENGHASIL SEMULA PERISIAN KEPADA APA-APA PELAYAN ATAU LOKASI LAIN UNTUK TERUS MENGHASIL SEMULA ATAU MENGAGIH SEMULA DENGAN NYATA DILARANG. PERISIAN INI DIWARAN, JIKA BENAR, HANYA MENURUT KEPADA TERMA PERJANJIAN PERLESENAN.

PENUKAR MATA WANG

Kadar mata wang berdasarkan pelbagai sumber tersedia secara umum dan harus digunakan sebagai garis panduan sahaja. Kadar tidak disahkan sebagai tepat, dan kadar sebenar mungkin berbeza. Sebutan mata wang tidak dikemas kini setiap hari. Anda dinasihatkan agar memeriksa tarikh pada ciri penukar mata wang untuk tarikh kali terakhir ia dikemas kini. Maklumat yang diberikan oleh aplikasi ini dipercayai tepat, Kumpulan Syarikat IAN, dan/atau pembekal kami masing-masing tidak mewarankan atau menjamin ketepatan tersebut. Jika menggunakan maklumat ini bagi tujuan kewangan, kami menasihatkan anda untuk mendapatkan nasihat profesional yang berkelayakan untuk mengesahkan ketepatan kadar mata wang. Kami tidak membenarkan penggunaan maklumat ini untuk apa-apa tujuan lain selain daripada kegunaan sendiri dan anda dengan nyata dilarang daripada menjual semila, mengagih semula, dan menggunakan maklumat ini bagi tujuan komersial.

NOTIS HAK CIPTA DAN CAP DAGANG

Semua kandungan Laman web ini ialah: ©2010 IAN.com L.P. Semua hak cipta terpelihara. IAN.com L.P. tidak bertanggungjawab atas kandungan laman web yang dioperasikan oleh pihak selain IAN.com L.P. “IAN”, “EAN” dan “Travelnow”, yang bukan cap dagang berdaftar atau cap dagang IAN.com L.P. atau Kumpulan Syarikat IAN lain di A.S. dan/atau negara lain. Logo dan produk dan nama syarikat lain yang disebut dari ini mungkin cap dagang bagi pemilik masing-masing.

UMUM

Laman web ini dioperasikan oleh entiti A.S dan Perjanjian ini ditentukan oleh undang-undang Washington, AS. Anda dengan ini bersetuju kepada bidang kuasa dan tempat mahkamah eksklusif di King County, Washington, AS, bagi semua pertikaian yang muncul daripada atau berkaitan dengan penggunaan Laman web ini. Penggunaan Laman web ini tidak dibenarkan di mana-mana bidang kuasa yang tidak memberi kuasa kepada semua peruntukan terma dan syarat, termasuk, tanpa batasan, perenggan ini.

Anda bersetuju bahawa tiada usaha niaga bersama, rakan kongsi, atau hubungan penggajian antara anda dengan mana-mana Kumpulan Syarikat IAN daripada Perjanjian ini atau penggunaan Laman web ini.

Pelaksaan kami terhadap Perjanjian ini tertakluk kepada proses undang-undang dan undang-undang sedia ada, dan tiada yang terkandung dalam Perjanjian ini mengehadkan hak kami untuk mematuhi penguatkuasaan undang-undang atau permintaan atau keperluan undang-undang atau kerajaan berkaitan dengan penggunaan Laman web ini oleh anda atau maklumat untuk atau dikumpul oleh kami untuk tujuan penggunaan tersebut. Sehingga ke tahap yang dibenarkan oleh undang-undang berkaitan, anda bersetuju bahawa anda akan membawa apa-apa tuntutan atau sebab tindakan timbul daripada akses atau penggunaan Laman web ini oleh anda dalam masa dua (2) tahun dari tarikh dimana tuntutan atau tindakan tersebut timbul atau terakru atau tuntutan atau sebab tindakan tersebut akan secara tidak boleh batal dilepaskan.

Jika mana-mana bahagian dalam Perjanjian ini didapati tidak sah, menyalahi undang-undang atau tidak boleh dikuatkuasakan, kesahan dan kebolehkuatkuasaan untuk peruntukan yang tinggal tidak akan dengan apa cara sekali pun mendapat kesan atau terjejas. Kegagalan atau penangguhan kami dalam menguatkuasakan mana-mana peruntukan dalam Perjanjian ini pada bila-bila masa tidak melepaskan hak kami untuk menguatkuasakannya atau mana-mana peruntukan dokumen ini pada masa akan datang.

Perjanjian ini (dan mana-mana terma dan syarat dirujuk dari ini) membentuk keseluruhan perjanjian antara anda dengan kami berkenaan dengan Laman web ini dan ia menggantikan semua perhubungan dan usul sebelum ini atau serentak, sama ada elektronik, lisan, atau bertulis, antara anda dengan kami berkenaan dengan Laman web ini . Versi cetakan Perjanjian ini dan apa-apa notis yang diberi dalam bentuk elektronik adalah boleh diterima dalam prosiding pentadbiran atau kehakiman berdasarkan atau berkaitan dengan Perjanjian ini sehingga ke tahap yang sama dan tertakluk kepada syarat yang sama seperti dokumen dan rekod perniagaan lain yang secara asalnya dijana dan dikekalkan dalam bentuk cetakan.

Nama rekaan syarikat, produk, orang, karakter, dan/atau data yang disebut di Laman web ini tidak bermaksud untuk mewakili mana-mana individu, syarikat, produk, atau peristiwa.

Mana-mana hak yang tidak dinyatakan dalam ini adalah terpelihara.

PENJUAL PERJALANAN

Travelscape ialah penjual perjalanan berdaftar di setiap negeri yang disenaraikan di bawah:

  • Nombor pendaftaran California: 2083930-50
  • Nombor pendaftaran Florida: ST36407
  • Nombor pendaftaran Iowa: 677
  • Nombor pendaftaran Nevada: 20020759
  • Nombor pendaftaran Washington: 602-617-174

IAN.com L.P. ialah penjual perjalanan berdaftar di setiap negeri yang disenaraikan di bawah:

  • Nombor pendaftaran California: 2083957-50
  • Nombor pendaftaran Florida: ST-36671
  • Nombor pendaftaran Iowa: 865
  • Nombor pendaftaran Nevada: 20070016

Pendaftaran sebagai penjual perjalanan di California tidak mengandungi kelulusan negeri tersebut.

Anda mungkin layak untuk bayaran dari Dana Pemulihan jika anda telah membayar wang kepada penjual perniagaan yang berdaftar di Nevada untuk pembelian perkhidmatan perjalanan atau sijil percutian dan anda ada mengalami masalah kewangan tertentu akibat transaksi tersebut. Sila klik di sini untuk maklumat tambahan: Maklumat Hubungan Dana Pemulihan.

Dikemas kini 15 Disember 2009
©2010 IAN.COM L.P. Semua hak terpelihara.